Tuesday, March 6, 2007

Produk Seni Khat Untuk Anda!

Mimar Sinan Art, sebuah syarikat Bumiputera sepenuhnya yang berkecimpung di dalam bidang membuat, membekal dan memasang Hiasa Khat dan Kaligrafi Islam. Produk yang dihasilkan boleh ditempah mengikut citarasa pengguna dan ada juga yang sudah siap dibuat.

Jika anda berhasrat untuk memeriahkan masjid, surau, bilik mesyuarat, pejabat, rumah dan premis dengan ayat-ayat Al Quran dan Hadis, Mimar Sinan Art bersedia untuk membekalkannya dengan harga yang sewajarnya.

Bahan :
Tembaga merah ( coppertooling ) dari RM130.00 sekaki persegi
Gypsum dari RM180.00 sekaki persegi
Tiles dari RM150.00 sekaki persegi
Sticker dari RM45.00 sekaki persegi

Kami sedia berbincang dan memberi penjelasan mengenai produk dan perkhidmatan kami. Kami telah menyempurnakan beberapa kerja seperti senarai di bawah:

Pahang
- Masjid Tanjung Gemok, Rompin ( tembaga )
- Masjid Beserah, Kuantan ( gypsum )
- Makam di Raja, Pekan ( tembaga )
- Masjid Maran ( tembaga )
- Masjid Kg. Jaya Gading, Kuantan ( tembaga )
- Masjid Kem Batu 10, Kuantan ( tembaga )
- Surau Kolej KUKTEM ( tembaga )

Perak
- Surau Proton City ( tembaga )

Johor
- Masjid Gerak Khas, Mersing ( tembaga )

Selangor
- Masjid Kg. Pandan ( sticker / plastic )

Harga kami adalah bergantung kepada bentuk, bahan, ukuran, corak dan lain-lain faktor. Sila berhubung dengan kami untuk keterangan lanjut.